Wednesday, August 19, 2009

hari yang memenatkan

harini merupakan hari yang paling penat ,aku start keje dari seawal 7.30 am walaupun hakikatnya aku msk bertugas pkl 8.00am ini semua gara -gara ada pelawat dari jpn nak datang sekolah aku untuk melawat 5S........(5S untuk=susah,sengal,sebuk,samdol dan sewel) aku cukup menyampah kalau ada pelawat yang datang untuk benda tu ,apa taknye dah lah sekarang tengah banyak eksperimen mana aku nak keja eksperimen lagi kemas lab lagi ,rasa macam nak cari keje lain je rasenye..(sabar-sabar tunggu untuk pindah sekolah yang x ade 5s) aku pun x tau 5s ni untuk apa yang aku tau ia hanya untuk kepentingan sesetengah pihak sahaja yang penatnya aku.....(maklumle orang bawahan)
ini lah yang aku usahakan untuk 5s segala2nya kena kemas ,bersih ,tersusun,berpaking ,berlabel dah barang lab banyak nak mampus aku sorang kene jaga 2 lab dan 3 bilik stor 1 bilik persediaan cubalah korang bayangkan semua tempat yang aku jaga kene bersih sedangkan makmal aku digunakan dari pukul 7.30 hingga 6.45 ptg dan aku msk keje pkl 8.00 balik 5.00 ptg pagi aku kemas petang dah kotor dahlah semua cikgu sains duduk kat dalam bilik persediaan jadi bilik persediaan tu cukup sempit dengan buku dan meja cikgu(sugguh tak sesuai cikgu duduk kat situ sebab kat sebelah tempat cikgu tu duduk ada stor bahan kimia merbahaya)
kalau tak silap aku untuk bikar sahaja ada 10 jenis dan ada lebih dari 100 pcs semuanya untuk satu jenis barang je,korang bayangkanlah kalau ada 2500 jenis barang /////banyakkan tu semua aku yang jaga tau ....kira orang penting gak la kat lab tu he......he.....perasan yang melampau.
yang paling x bestnye harini member aku yang sorang tu cuti jadi aku kene cover dia buat keje untuk 3 lab tapi aku x kisah sangat untuk cover dia tp yang aku geram tu pelawat tu tak masuk pu kat tempat ,dah la aku mengemas dari pagi siap mop lantai untuk 3 lab lalu kat lab pun tidak greeeeeeee (geram sesangat) dahla sorang2 x berbaloy aku berpeloh-peloh hingga ketitisan peloh yang terakhir.tapi k jugakla bila nampak stor yang bersih dan kemasni sejok sikit hati aku yang kehampaan ni.apa pendapat korang kemas x stor aku.????????

1 comment:

  1. kemasssssssss jeeee...

    akak ni saintis ke?bole kenalan?

    ngeh3

    ReplyDelete