Monday, August 31, 2009

Buka Pose Kat Qaseh

Anak2 warga keycar team sedang bersantai selepas berbuka ,aktiviti yang dijalankan bermain keretapi yang diketuai oleh kapten hziq dan diikuti anak lan,anak remi serta kakak dan abg kapten.kemana kapten bawak semua anak kapal kene ikut klu kapten jatuh maka jatuhlah semua anak kapal....:)
ini menu yang x dapat nak dihabiskan dah terlampau banyak sangat menu yang diambik ( terlampau tamak klu boleh semua nak ambik...nafsu semata2) bila dah berbuka inilah akibatnya pembaziran yang terlampau.....ambik sikit rasa rugi rm 18 satu kepala so bila time ambik tu semua rasa nak ambik,last2 x makanpun membazirje .....kerana makan yang terlampau banyak nak bangun pun rasa susah sebab dah terlampau senak perut.

si kenitni berbuka dengan sebiji apel hijau free dari pekerja qaseh ,berkerut2 dahi mengigit buah tu menahan masam walaupun masam tetap dijamah sedikit demi sedikit.
sempat lagi berpozing sebelum masuk qaseh,gambarni masa sampai kat paking dalam pkl 6.30 ....sambil tunggu member2 yang belum sampai masing kuarkan kamera untuk bergambar.
mr.rozi dah tahan perut kerana lapar yang teramat sangat mujur dah pkl 6.50 time ni klu lama lagi pasti dia akan menonggeng kat jalan sambil menjerit2 mintak makan *dusta semata2* yang pasti makanan kt qaseh ok yang x ok nye orang terlampau ramai sampai nak ambik nasik pun kene beratur panjang sambil ada mahluk yang x reti bahasa cuba untuk potong Q rase nak sepak kepala dia dengan kasut mujur puasa klu x dah kene dah.....berkat kesabaran yang jitu dapat jugak menceduk nasi dan berbuka dengan penuh nikmat.
sekian tq....selamat berbuka

sahabat2ku

ni pelumba yamg bakal menggantikan pelumba no.1 dunia dengan gaya berselekup tampa baju dan muka yang bersahaja ....gaya baru seorang pemenang he...he jgn teruja dengan badan hziq yang x berbaju ni *amaran untuk tontonan dibawah umur 10thn (18 sxxxxx) sahaja*
ni member aku yang paling otai dan selamba kt sekolah mulut dia menjadi penyeri kat opis ,klu dia x de opis tu macam ada kematian kusam je suasana x de orang yang buat bising sbb dia yang paling bising.nama minah ni sarifah @ nama glamer dia serry .

nama mamat yg control macho ni azhar @ nama glamer dia zahar dia ni mamat kedah dan masih solo dan yang paling best dia ni kepala gila-gila dan sempoi orangnye....
ni la suasana di opis aku semuani tengah belakonje buat2 sebuk walaupun hakikatnya memang tengah sebuk pu aku je yang menyebuk masani maklumle dah time nak balik .
ni abg yang paling mancho kat sekolah aku namanya abg man @ hj.misman ,abg man ni staf yang paling lama kat sekolah aku dan status abg man ni duda....(sape yang bekenan boleh call no.ni 014-44444sape cepat dia dapat)he...he jgn marah abg man gurau je.

k aku cau dulu nak g buka pose dgn member2...

Thursday, August 27, 2009

menu berbuka

menu Utama Di Bulan Ramadhan
ini menu utama aku semalam kurma bertangkai dan tangkainya telah ku buang buat semak pinggan je,rasanya cukup enak dan lembut benda free semua nye sedap,kurma ni org opis aku yang bagi untuk semua staf...rezeki jangan ditolak.
ini menu kedua aku ikan selar masak goreng malas nak masak yang remeh2 jadi menu yg paling senang goreng je lah.tapi untuk sahur aku sira dgn cili ikan ni maklum je lah klu pagi2 tengok ikan goreng mana ada selera jadi aku sira jadi rupanya agak menarik untuk menaikkan selera bersahur.
yang ni pulak sayur sawi cina kemetot yang telah aku tumis bersama dengan cili,bawang merah,bawang putih ,halia dan ikan bilis ,klu x de sayur kata m.rozi x selera nak makan jadi aku pun tumiskan sayur untuk laki aku tu *sebenarnye bkn x selera saje nak suruh aku masak lauk banyak jenis walaupun hakikatnya hanya sedikit yang luak dan selebihnya ........sambung sendiri*
yang ni menu utama untuk bujang kecik aku ayam masak sup bersama caret,sup yang paling simple yang aku buat tampa daun sup juga sup bonjot semua ramuan aku buat sendiri *alasan malas nak g kedai beli barang yang x cukup* apa yang ada umah aku lebur dalam sup tu dan hasilnya tetap sedap *perasan walau hakikatnya rasa tah apa-apa*


aku cau dulu nak lelap mata kejab...caucincau

Wednesday, August 26, 2009

semalam yang penuh saspen

Petang Yang Amat Memeranjatkan
semalam aku pegi ambik paper PTK (penilain tahap kecekapan) bab ni x yah citer panjang2n nanti boring plak maklumle citer pasal pereksa tentu la boring betul x?so aku citer rengkas je ,aku punya paper kul 11 pagi jadi aku kuar umah kul 9.30 takut sesat tapi laki aku tetap bermalas2
aku :cepat la nanti lambat nak cari sekolah tu lagi (aku membebel takut lambat)
mr rozi:relax la bukan jauh sangat pu seksyen 18 je...kl pun x sesat inikan pulak s 18
aku:o....takbur karang klu dah sesat jagelah(perasaan marah yang membara)
mr rozi:relax2 tak sesat nye (dengan penuh ketakburan)
last2 sesat gak sampai seksyen 24
akupun apa lagi mulala nak serang dengan bom atom mana tak nye sekolah 18 x jumpa lagi jam dah cecah 10.20 maunya x gelabah tapi akhirnya jumpa gak walaupun tawaf 3-4 kali kat seksyen 18 dan 19,habisje pekse tu akuterus g ppd untuk ukur baju seragam aku apa lagi lapcot le walaupun dah melambak kat umah x pakaipun dah gomen bagi ambik jelah......citer peksa ni x berapa saspen tapi ada citer lain yang lebih saspen nak tau tunggu.......
jiran bersalin didepan pintu......
lepas peksa aku balik umah untuk merehatkan badan dan minda...dalam pkl3.30 pintu umah aku diketuk seseorang aku masa tu dah lena diulit mimpi dengan kemalasan yang melampau akupun bukak pintu ,rupanya kak ina depan umah yang ketuk dengan muka cemas ....
k.ina:ida laki ko ada umah x klu ada mintak tolong angkat orang besalin(muka cemas)
aku:(dengan muka mamai dan terkejut bertanya) sape yang beranak
K.ina:kak wani tolong angkat dia beranak kat umah
aku:k....k(terus kejut laki aku yang sedang tido)bang cpat bangun tlg angkat orang besalin.
lakiku:(dengan muka bangun tido terus je kuar dan angkat jiran tu)
aku hanya tunggu kat depan pintu je seram tengok jiran tu diusung beramai2 dan bibik depan pintu pegang baby yang kecil dan pucat (baru bersalin) lagipun hziq tengah menangis masa tu jadi akupun tunggu laki aku kat atas je untuk dengar citer selanjutnye.
tengah aku dok tunggu tu k.ina depan umah tu naik dia pun citer la yang jiran tu beranak depan pintu umah sbb masatu dia nak kuar g hospital tapi x sempat.yang jadi bidan bibik k.ina ni bibik odah mujur dia ada klu x entah macam mane akupun x dapat nak bayangkan ngeri.
k...masa berbuka hampir tiba jadi aku pamet dulu ...bye

Tuesday, August 25, 2009

baju raye anak2 ku

Raye...Raye....puasa baru beberapa hari dah siap beli baju raye....
ni baju raye anak2 aku puasa baru 4 hari baju raye dah beli over kan ,saje je aku beli awal x nak berebut bila nk dekat raye karang lagi pun klu dekat raya karang ramai org takut H1N1 he...he...he sebenarnye x sabar nak beli keh...keh

ni baju anak dara ku yang seorang tu tp yang x best nye kain baju kurong ni warnanye lain siket tapi x pe la janji baju tu sama kira bolehle
yang ni baju si kenit saiz 0
yang untuk bujang aku no 2 sais baju dia saiz2 ,anak aku semua baju warna same jimat kos maklum le bonus belum tentu dapat tahun ni.

Monday, August 24, 2009

gambar kenangan


hari ni cukup tenang.....nyaman......tenteram dan sepi.
kerana kesepian sekitar sekolah akibat cuti sekolah seminggu akupun tenang menjalankan tugasku....ketenangan yang aku dambakan sepanjang semesta pertama persekolahan ..sambil2 aku bersantai setelah mengenyangkan perut aku pun mula la nk m'ngapdet ,disebabkankan hari ni aku agak tenang jadi aku tempekkan gambar-gambar lama aku .masani aku baru lepas mendirikan rumahtangga.....( masa tengah bahagia )
aku kene cau dulu anak aku meragam nanti aku sambung lagi.....bye.

Wednesday, August 19, 2009

hari yang memenatkan

harini merupakan hari yang paling penat ,aku start keje dari seawal 7.30 am walaupun hakikatnya aku msk bertugas pkl 8.00am ini semua gara -gara ada pelawat dari jpn nak datang sekolah aku untuk melawat 5S........(5S untuk=susah,sengal,sebuk,samdol dan sewel) aku cukup menyampah kalau ada pelawat yang datang untuk benda tu ,apa taknye dah lah sekarang tengah banyak eksperimen mana aku nak keja eksperimen lagi kemas lab lagi ,rasa macam nak cari keje lain je rasenye..(sabar-sabar tunggu untuk pindah sekolah yang x ade 5s) aku pun x tau 5s ni untuk apa yang aku tau ia hanya untuk kepentingan sesetengah pihak sahaja yang penatnya aku.....(maklumle orang bawahan)
ini lah yang aku usahakan untuk 5s segala2nya kena kemas ,bersih ,tersusun,berpaking ,berlabel dah barang lab banyak nak mampus aku sorang kene jaga 2 lab dan 3 bilik stor 1 bilik persediaan cubalah korang bayangkan semua tempat yang aku jaga kene bersih sedangkan makmal aku digunakan dari pukul 7.30 hingga 6.45 ptg dan aku msk keje pkl 8.00 balik 5.00 ptg pagi aku kemas petang dah kotor dahlah semua cikgu sains duduk kat dalam bilik persediaan jadi bilik persediaan tu cukup sempit dengan buku dan meja cikgu(sugguh tak sesuai cikgu duduk kat situ sebab kat sebelah tempat cikgu tu duduk ada stor bahan kimia merbahaya)
kalau tak silap aku untuk bikar sahaja ada 10 jenis dan ada lebih dari 100 pcs semuanya untuk satu jenis barang je,korang bayangkanlah kalau ada 2500 jenis barang /////banyakkan tu semua aku yang jaga tau ....kira orang penting gak la kat lab tu he......he.....perasan yang melampau.
yang paling x bestnye harini member aku yang sorang tu cuti jadi aku kene cover dia buat keje untuk 3 lab tapi aku x kisah sangat untuk cover dia tp yang aku geram tu pelawat tu tak masuk pu kat tempat ,dah la aku mengemas dari pagi siap mop lantai untuk 3 lab lalu kat lab pun tidak greeeeeeee (geram sesangat) dahla sorang2 x berbaloy aku berpeloh-peloh hingga ketitisan peloh yang terakhir.tapi k jugakla bila nampak stor yang bersih dan kemasni sejok sikit hati aku yang kehampaan ni.apa pendapat korang kemas x stor aku.????????

Tuesday, August 18, 2009

malas......malas.......cukup malas

perasaan yang x sepatut ada dalam diri tapi perasaan tu lah yang paling kuat di hatiku.....his buang lah sejauh-jauhnya. aku cukup malas hr ni nak transper gambo dr k'mera ke komputer jadi aku pun tepek je gambor yang ada ni untuk tatapan korang semua.......walaupun gambor tak berapa nampak (buat-buat la seperti nampak....ye) sape yang tak nampak dia anak tutttttttt (ayat dalam cerita nujum pak belalang.)
seperti yg korang nampak cupcake ni sungguh menyelerakan dan rupanya yang cantik membuatkan sesiapa yang memandangnya akan mengalirkan air liur(mencurah-curah seperti air terjun...he....he....cepat lap).klu korang nak tau rasanya memang mavelessssss nyam.....nyam cupkek ni makcik belah laki aku yang bawak dari alam mega 2 kotak untuk dijamah oleh sedara sepapat yang ada pada majlis kenduri sabtu malam ahad yang lepas.
cerita pasal kenduri aku nak kongsi menu lauk kenduri dengan korang:


  • udang galah masak tomyam
  • ayam masak kicap
  • pajeri terung
  • sayur campur(kacang panjang,hati ayam,pedal ayam,suon,pucuk,petai dan udang kering)
  • sambal goreng kering

aku x sempat nak ambik gambor semua menu tu sbb sebuk mengidang sambil merasa keenakan lauk pauk yang terhidang didepan mata (curik2 rasa x tahan hidu bau je).

k masa dah time jd aku cau dulu(ada bau x mandi lagi......bye)

Monday, August 17, 2009

kerja keras hziq

hziq sedang menyaksikan peristiwa trajis lg mengerikan....tengokla si kenit aku ni husyuk betul dok tengok bapak dia menyodok orong-orong (cukup besar dan menerujakan)
ha....amacam besar x ini klu masuk umah semua budak2 mesti lari sebab takut,maklumle binatang ni klu masuk rumah dia suka masuk lubang bon...tot he....he....x senonohkan tetapi itula hakikatnya.


orang sibuk mengalihkan pasir ke tepi rumah dia pun sebuk nak main pasirtu sampai tak sempat-sempat nak pakai baju........punyalah teruja dengan pasir tu makcik2 yang sedang masak untuk kenduri semua gelak tengok gelagat hziq.

habis pasir tu menjadi mangsa pijakan si kenit ni kesian aku pada nasib si pasir2tu nak buat cam mane dah nasib he.....he......hziq2 perangai dia selalu buat org gelak.makin hari perangai dia makin lasak kadang-kadang sampai ayah dia pun naik angin tapi disebabkan kecik lagi maka dimaafkan......aku cau dulu badan pun dah letih aku pun dah nak tidu.bye



jumpa lagi di lain cerita arios...

Tuesday, August 11, 2009

potong rambut


AGENDA HARI NI POTONG MEMOTONG...

potong rambut hziq memang sesuatu yang amat susah ....mana x nye siap kene ada org yang pegang klu x memang tobekla jawabnya*ala-ala spoonboge la lobang sana lobang sini* nak potong je makan masa nak dekat 1/2 jam dalam bilik air (sabar-sabar klu x ingat masih kecik nak je aku gigit si kenit tu).

potong rambut dengan penyeksaan



lepas dah tebas rambut dia boleh pulak buat muka steem *lega dah selesai dari gegaran otak yang paling dasat*seksa gak r aku tengok hziq menahan gegaran dari mesen potong rambut tu.tapi nk buat cam ne nak x nak kene gak potong sbb klu panjang misti tumbuh ruam dan mulala tergaru sana tergaru sini.......(tergaru2 ala2 tut....tut...faham2 la sendiri ye..:-s ) KESUDAHAN DARI AGENDA TADI INI LA HASILNYA KEMAS,HENSEM,CUTE,COMEL DAN SEBAGAINYA WALAUPUN SEBENAR COMOT......


Sunday, August 9, 2009

kuih@gelagat hziq

ini bukan kuih batang buruk rupa je sama rasa lain,yang ni kuih kacang tumbuk dan rasanya sungguh enak klu dah rasa misti nak lagi.kuihni aku jual untuk tempahan hari raya dan sebelum hari raya sape-sape yang nak tempah bolehla tel/sms aku 013-6648968 ida,kuihni kakak angkat aku buat sendiri harga dia 1/2 kg rm20 ,1 kg rm 40.
kuih ni susah nak buat makan masa dan tenaga tapi rasa dia memang best anak aku boleh habiskan 1/2 kg dalam satu hari je itupun x cukup ,klu kilang yang buat rasanya x berapa sedap yangni buat sendiri jadi dia punya rasa memang lain,kalau nak sample boleh call aku k.....:-)

malamni memang dalam sejarah mana x nye tengah2 malam hziq boleh melabur pelaburan besar,tekejut aku tiba2 ada bau lain mcm rupa2nya hziq buang air besar.......(sengih2 masa nak masuk bilik air memang x senonoh) ni gambar paling seksi dari hziq time dah selesai membasuh.......tut.......
siap buat muka teruja lepas dah kuar toilet ,pakai tuala bawah perut dan berjalan terkengkang2 yang x tahan tu happyje pakai macamtu langsung x de muka mengantuk walaupun jam dah mencecah 12.30 malam....aku yang mengantuk tunggu dia nak tido.

lihatla badan ku yang montok ini dan stail pakai tuala yang paling seksi (itu mungkin yang hziq cakap dalam hati dia) pandai-pandai je aku reka ceritakan....he.....he.k la lain kali aku cite lagi ni pun dah pukul 1.15 pagi aku pun dah ngantuk bye.......bye.

Saturday, August 8, 2009

karnival pra sekolah

hrni aku g sk hicom nk tengok persembahan nyanyi&gerakan,wajahah msk pertandingan tu tapi sayangnya aku datang lewat jd x sempat nk tengok.....hampa :-( sampai2 budak2 tu tengah berehat .aku pun jumpa cikgu pra tu dia tunjuk video persembahan budak2 jd x la ralat sgt:-)
tema sekolahtu tradisional jd pentas tu pun dihiasi dgn berbagai peralatan tradisional sweet je aku tengok.

time ni d,org tgh tunggu pengumuman pertandingan, sian budak2 kene tggu kt tepi longkang sbb dewan dah penuh .......(pihak sekolah x perihatin langsung)


penat tunggu kakak dia tengah panas (pkl 10.30 sampai pkl 1tgh) akupun beli air untuk daus dgn hziq.......penghujungnya group wajahah x menang jd akupun bwkla dia blk ,yang kesiannya wajahah siap nangis dalam kete sbb x dapat hadiah, untuk pujuk hati dia akupun bwk dia makan KFC kat pusat x-tream.




Thursday, August 6, 2009

kursus d putra kl

penganugerahan sijil daripada en.hadi peserta akademi al-quran dan merupakan fesilitator kursus yang aku pegi.orangnye kecikje umur baru 22 tapi muka mcm ustat yg berumur 28.....jgn tertipu dgn rupanya.....he...he...he


yangni ustaz shukri penceramah jemputan ,memang best ustazni berceramah tak boring langsung hilang mengantuk........maklumla pagitu bangun jam 4.00pg dalam perancangan nk buat taik mata masa program berjalan tp x jadi sbb ceramah yg disampaikan best.

ni member aku masa kt kursus tu(member stu group) nama group aku al-falah maknanya kejayaan nama ni ketua group aku yg bagi......dlam 4 group yg ada group aku yg paling bising dan ceria,member2 yg ada pun semuanya spoting .

banyak aktiviti yang kitaorang buat dalam kumpulan(resepi kek kejayaan,bakul kertas dan produk dari bakul kertas )program yg paling malas nk ikut kiamulai(biasala kene bangun pkl 4 pagi) .program yg paling menyentuh hati gools setting betul2 menginsafkan (masatu semua peserta menangis termasuklah aku :-s


minah ni merupakan best frends aku kt sana nama dia ina, aku dgn dia memang satu kepala boleh sembang mcm2.......yg x bestnye kitaorang x sempat nk g soping mana2 jadual program padat sangat.


sempat lg nak pozing bergambar dgn member2 group lain masani tengah tunggu tukang bukak pintu x sampai2 lagi tu yang sempat bergambar.

aku dah nk g kerja nanti aku sambung lagi k.....bye

dinasorus

disinilah bermulanya cerita keganasan mahluk paling besar di dunia....(ada gaya ckgu sejarah x...he....he) masani aku baru smpi kl utk kursus ,aku g hotel utk c'in dulu &anta beg msk blk pastu aku pun bwk ank2 aku g petrosains ingat nk msk sn tp x jd sbb org terlalu ramai ...smpi beratur depan pintu msk utama p'sains,aku pun ubh plan nk g tempt lain tiba2 aku nmpk replica kepala dinasor ,rupa2nya ada pameran dinasor kt sebelah petrosains apalg akupun msk le.....tampa berpikir 2 kali.
ini merupakan robot plg besar kt tempat tu dan yg plg ganas(tengokla gigi dia yg besar dan tjm tu ngerikan.....takut(dlm hati je kt luar biasaje)

ini pulak partner yg kat atas td(teman begaduh) lagi ganas dan menyeramkan walaupun hanya sekadar replica sahaje.memang best sangat g sana mcm 2 permainan yg disediakan anak2 aku suka sangat.


tgk sais kepala dinasorni agak2 saiz berapa?......siapa dpt teka akan mendapat hadiah misteri naktahu ..........??????(clue.....tajam dan berkilat)gigi la bestkan boleh buat buah rantai.




hziq begitu teruja tengok dinasorni siap panjat nk pegang dan msk dlm srang dinasortu,mujur m.rozi sempat capai klu x (cuba bygkan) hziq dah jd santapan si dino tu......lama gak r aku kt sana sbb budak2 tu syok sgt main permainan yg ada kt situ rasa mcm nk g lagi tp bila x tau lagi.