Thursday, January 21, 2010

jom kiat g mancing kat kelong BNO

lama rasanya tak menjengok blog, kesian terbiar sebegini rupa.
bkn x nak update tapi x de sumber nk cite dan masalah utamanya x boleh nk
masukkan gambar wayer camera hilang x jumpa
but now i come back untuk menyebokkan diri menaip dalam blok ni.
harini aku nk ajak member-member keikar team g kelong kat kg.halaman ku
kat sini aku tempekkan gambor2 suasana kat sana.
suasana petang di atas kelong
apa pendapat kawan2 sayu x dengan pemandangan macam ni...bestkan.

ni pulak pemandangan di tingkat 2 kelong.

ni la bot yang bawak pengunjung kelong dari jeti pantai bno ke
kelong yang berada di tengah laut.


ini la rupanya kelong yang membolehkan kaki pancing memancing dengan selesa di tengah laut.
selain memancing boleh jugak bawak family datang untuk merasai suasana tinggal
kat tengah laut yang nyaman,kat sini ada chalet untuk disewa klu bawak family selain tu ada jugak tempat makan ,tempat riadah,karaoker dan tempat snuker.
klu nk buat axtiviti untuk club keikar team pun ok gak ,
maklumla budak keikar kan banyak yang minat mancing.
untuk kaum hawa lak boleh la buat axtiviti melalak atau
beriadah kat chalet kelong ni.

klu banyak sambutan boleh la di ketengahkan cadangan ini k.



Sunday, January 10, 2010

aktiviti pegi kenduri kawin juan&emy

hari aktiviti utama ialah pegi kenduiri juan & emy kat dewan paya jaras sg.buloh, mula berkumpul kat qaseh pukul 12.00 tgh macam biasa aku &family org first sampai dulu dan disusuli oleh president iaitu mr.remy & family dan disusuli oleh teman2 yang lain.

mula bertolak dari qaseh pada pukul 1.00 ptg sempat la minum2 dulu untuk hilangkan dahaga sambil2 menunggu teman2 yang lain.ramai gak la yang berkonvoi hari ni yang ada mr.rozi,remy,lan,abg jai,safiq,sopi,nik,acik dan yang menunggu kat sana rizal,fizi,die ,fie dan yang last sekali sampai adik

sampai kat dewan dalam pukul 1.45 ,sampai2 kami terus meluru ke dewan untuk melihat kedua mempelai sedang bersanding,kawin gak si juan dengan si emy tu hehehehe....dah jodoh kuat so kawin la ye tak. tema hr ni purple putih oh..so sweet emy nampak ayu pakai baju purple putih tu terserlah keayuan.....

lepas dok menjengok pengantin kami pun ambik nasi untuk mengisi perut yang tengah lapar,lepas dah kenyang mula la sesi bergambar dgn pengantin di atas pelamin, sempat la berposing2 dengan kedua mempelai gambar tak dpt ditempek kan kt blog ni coz wayer camera x de klu nk tengok gambar masa majlis tu blh la jengok kt blog aciklana ye.

dalam pukul 3 masing2 pun mula la beransur pulang kerumah masing2.

tamat la cerita hari ni klu nak tau cerita yang lebih ditel kene jengok blog keikar team k.

Thursday, January 7, 2010

gerammmmmmm sangat hari ni

geram tahaf maksimum

geram sangat dengan sorang cikgu kat lab tu ape x nya mase cuti sekolah x nak diset betul2 untuk buat tempat cikgu nk duduk ,time cuti tu dah siap2 nak angkut barang untuk letak kat bilik persediaan depan tapi x bagi ape infor sampai dah naik sekolah.....tup-tup hari ni suruh kemas barang stor yang melambak tu dalam masa 48 jam gilo apo ingat aku ni robot agaknya nak angkut barang yang beratus pcs tu dalam masa x sampai 2 hari bkn barang je yang kene angkut siap dengan almari sekali .

dia ckp senang la angkut slow2 masalahnya yang nak diangkut tu bknnya sikit , 2 stor yang nak kene kemas dan angkut barangnya.memang rasa nak lempar je bikar kat muke dia tadi muke je lawa tapi hati busuk macam bangkai,bkn x tau time bukak sekolah experimen dah mule banyak dan budak2 dah start masuk lab.

dari pagi dok punggah barang kat stor tu sampaike petang baru siap memunggah ke lab 2 ,itu belum lagi nak tolak almari ke dalam bilik persediaan dan susun balik barang2 yang dipunggah tadi...habis lab 2 berkecah dengan barang melambak2 atas meja .

badan pun dah mule sakit2 lebih-lebih lagi kat pinggang ................jawabnya lab 2 tu kene tutup la minggu depan sebabnya stor tu nak pecah hari sabtu mane sempat nk kemas barang yang berkecah tu dalam 1 hari mau patah 4 pinggang dibuatnya.cikgu yang guna lab tu la naya x dpat masuk lab nak buat cam mane minah senget tu punya plan la nak sangat buat bilik guru kononnya biar senang cikgu berkumpul tapi menyusahkan orang lain klu ckp awal2 x pe ni time2 org tengah sibuk time tu la dia pulak menyebok.

bersantai bersama keluarga

apa persamaan diantara haziq dan ayah nya sila teka...
1) rupanya
2) mulutnya
3) hidungnya

rasa2 nya la 1 ke,2 ke @ 3 ,ha jawab sekarang.........sape jawab 3 pasti betul hehehe

ha cube tengok betul2 same kan
time ni g makan dengan haziq dan firdaus kat kfc
sempat main sebelum masuk kfc.